Wednesday, February 17, 2010

WANITA SOLEHAH





RAHSIA DI SEBALIK BAHASA



KELEBIHAN BAHASA AL-QUR’AN

Jika diberi pilihan untuk memilih di lahirkan untuk menggunakan BAHASA PILIHAN ?? akan aku memilih untuk dilahirkan dengan mengunakan BAHASA ARAB ..... Kerana Apa ??? kerana ALLAH..itu memang jawapan yang pasti... tetapi bagi diriku BAHASA ini mempunyai SERIBU SEJUTA MANFAAT UNTUK UMMAT....

Bahasa Arab adalah bahasa teragung dan terbaik di dunia KERANA APA ?? mempelajarinya :

A) mendapat PAHALA dan menambah KEFAHAMAN TERHADAP AGAMA ISLAM .

Memang aku akui melalui eksperimen pertama pada diri sendiri yang telah di takdirkan oleh ALLAH ini mempelajari Bahasa Arab sejak di bangku sekolah , sekolah menengah , dengan mengambil STAM ( kenangan manis ) dan sekarang masih melanjutkan dalam bidang BAHASA DAN LINGUISTIK ( BAHASA ARAB ) DI UM KL. Membawa seribu rahmat pada diri yang lemah ini, semakin aku mendalami BAHASA ARAB semakin aku mendapati DIRI INI sedikit demi sedikit mula mengcungkil RAHSIA DAN KEINDAHAN ISLAM & DAPAT MENGENAL TUHAN PENCIPTA ALAM. Terima Kasih Ya Allah...

K.A.G.U.M

Kagum aku melihat sahabatku dari kolej kediaman ke 7 SITI ATIKAH AYUB ( OKU ) , bersungguh – sungguh untuk mempelajari bahasa arab. Beliau menyatakan rasa teringin dan berkehendak dengan sangat mendalam untuk mempelajari bahasa Arab , Atikah segara mengambil subjek ini di FBL sebagai mata pelajaran ELEKTIF FAKULTI. Saya merasa kasihan apabila beliau menyatakan rasa kesedihan tidak dapat mengambil subjek ini oleh kerana beliau tidak mampu melihat, serta disebabkan kertas khas untuk OKU mempelajari huruf-huruf jawi tidak dapat disediakan oleh pihak Universiti serta tiada pembaca pada masa peperiksaan.

Apa yang menyebabkan rasa kagum saya pada atikah adalah beliau bersungguh usaha untuk mempelajari bahasa ini dan berjumpa saya, mesej saya memohon bantuan , untuk terus mempelari bahasa Arab sebagai elektif luar fakulti.

maryam saya harap awk dpt bantu saya . saya betul-betul teringin nak belajar bahasa arab dan nak jd kan sebagai elektif. .tp x dpat, sebab xde org yg dapat baca untuk saya nanti ...sy xnak disebabkan xde org untuk membaca untuk sy , memyebabkan sy xbeljar bahasa ini...”

(Ya ALLAH hebatnya sahabatku ini tidak dapat melihat tetapi kuat Azamnya untuk mengetahui BAHASA ARAB.)

Saya bertekad untuk membantu beliau terus berjumpa ketua jabatan bahasa arab di fakulti bahasa menyatakan hasrat atikah yang bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya. Pada mulanya saya ber pada ustaz yang mengajar elektif tersebut beliau juga menyatakan tidak dapat membantunya. Saya juga bertanya pada kerani di fakulti beliau juga tidak dapat membantunya dengan alasan tidak ada orang yang akan membacanya ( pensyarah sahaja dibenarkan oleh pihak university) tetapi pensyarah tidak mencukupi. Kertas khas sangat mahal dan lambat urusan prosesnya oleh pihak university.

Walaubagaimanapun saya terus berjumpa ketua jabatan bahasa arab Ustaz Mat Seman memohon bantuan beliau,serta mencadangkan beberapa pendapat agar Atikah dapat diterima untuk mempelajari juga bahasa Arab. Saya bercakap pada atikah jika ini pon tidak diterima kami pihak persatuan bahasa arab dan rakan saya juga akan membantu beliau mengajar bahasa arab jika beliau tidak dapat ambil elektif.

Semasa bertemu dengan Ustaz Mat Seman saya menyatakan kesungguhan Atikah untuk mempelajari Bahasa Arab lantas di peringkat saya juga mewakili Wakil Fakulti Bahasa Dan Pengerusi Hal Ehwal Wanita HELWA MPMUM 08/09 mencadangkan :

1) PEPERIKSAAN UNTUK ATIKAH HANYA MELALUI UJIAN LISAN TANPA MENGUNAKAN KERTAS KERANA BELIAU DAPAT MENDENGAR.

2) UJIAN LISAN BELIAU DIRAKAMKAN MELALUI TAPE.

Usul diterima, Alhamdulillah, rezeki Atikah akhirnya ustaz sangup membantu beliau. Daripada riak wajah ustaz juga kagum dengan kesungguhan beliau, ustaz menyatakan bahawa kita tidak boleh tolak untuk sesiapa yang ingin mempelajari bahasa Arab ini kerana adalah WAJIB dikaitkan dengan beliau ingin mempelajarinya untuk memahami AGAMA ISLAM. Sekarang beliau telah LULUS DENGAN CEMERLANG memperolehi GRED A. TAHNIAH ATIKAH ( beliau sekarang telah sakit terlantar di hospital dan diberi cuti sepatutnya beliau akan konvo dengan saya pada tahun ini tapi ditangguhkan pengajiannya selama 9 bulan) ...

K.E.S.A.L

Menjadi kekesalan melihat banyak masyarakat keliru dan diri ini merasa kesal apabila ramai yang tidak tahu bahasa Arab secara mendalam hanya mendorong mereka menafsir AGAMA itu mengikut kepala sendiri. ilmu bahasa arab untuk mempelajarinya banyak cabang-cabang yang berkaitan yang perlu di pelajari dari segi :

a) NAHU ( SINTAKSIS AYAT )

b) SOROF ( MORFOLOGI )

c) BALAGHAH ( SEMANTIK : MAKNA) dan banyak lagi.

Saya ingin memberi satu contoh hadith yang masyarakat kini suka menyalah tafsirkan dan akan menyalah-menyalahkan sesama sendiri (akibat dan kesan tidak berusaha untuk bertanya dan mempelajari bahasa Arab ) :

Apakah yang dimaksud dengan SEGALA BID’AH ITU SESAT DAN SEGALA KESESATAN ITU MASUK NERAKA?
كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَ لَةٍ وَكُلُّ ضَلاَ لَةٍ فِى النَّارِ
Semua bid’ah itu sesat dan semua kesesatan itu di neraka”.

Mari kita fahami dulu menurut Ilmu Balaghah. Setiap benda pasti mempunyai sifat, tidak mungkin ada benda yang tidak bersifat, sifat itu mungkin bertentangan seperti baik dan buruk, panjang dan pendek, gemuk dan kurus. Mustahil ada benda dalam satu waktu dan satu tempat mempunyai dua sifat yang bertentangan, kalau dikatakan benda itu baik mustahil pada waktu dan tempat yang sama dikatakan tidak elok ; kalau dikatakan si A berdiri mustahil pada waktu dan tempat yang sama dikatakan duduk.

Mari kita kembali kepada hadits.
كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَ لَةٍ وَكُلُّ ضَلاَ لَةٍ فِى النَّارِ
Semua bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan itu masuk neraka”.

Bid’ah itu kata benda, tentu mempunyai sifat, tidak mungkin ia tidak mempunyai sifat, mungkin saja ia bersifat baik atau mungkin bersifat jelek. Sifat tersebut tidak ditulis dan tidak disebutkan dalam hadits di atas; dalam Ilmu Balaghah dikatakan, حذف الصفة على الموصوف “membuang sifat dari benda yang bersifat”. Seandainya kita tulis sifat bid’ah maka terjadi dua kemungkinan: Kemungkinan pertama :
كُلُّ بِدْعَةٍ حَسَنَةٍ ضَلاَ لَةٌ وَكُلُّ ضَلاَ لَةٍ فِى النَّارِ
“Semua bid’ah yang baik sesat, dan semua yang sesat masuk neraka”.

Hal ini tidak mungkin, bagaimana sifat baik dan sesat berkumpul dalam satu benda dan dalam waktu dan tempat yang sama, hal itu tentu mustahil. Maka yang bisa dipastikan kemungkinan yang kedua :
كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَ لَةٍ وَكُلُّ ضَلاَ لَةٍ فِى النَّاِر

“Semua bid’ah yang jelek itu sesat, dan semua kesesatan itu masuk neraka”.

Lafaz (كُلّ ) jika di terjemahkan secara harfi ( satu huruf ) membawa maksud semua .

كُلُّ بِدْعَةٍٍ ضَلاَ لَةٍ وَكُلُّ ضَلاَ لَةٍ فِى النَّاِر

Sebenarnya lafaz (كُلّ ) secara tersiratnya adalah membawa maksud :

1) (كُلّ ) kebanyakkan معظم

- Ini yang saya pelajari semasa belajar di kelas ILMU MAANI lafaz (كُلّ ) membawa maksud kebanyakkan bermakna tidak semua bid’ah itu rosak atau jelek ada yang membawa kebaikkan .

“ Insyaallah saya akan menyambung lagi dengan menceritakan kelebihan mempelajari BAHASA ARAB “


PADAMU KU BERSUJUD




Ku menatap dalam
gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah

Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat


Ampuniku ya Allah,

yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud