Friday, February 22, 2013

TAKDIR ALLAH i2 MELAHIRKAN RASA CINTA DALAM KEHIDUPAN



Bismillahirrahmanirrahim…assalamualaikum, DAH LAMA TAK MENULIS ...RINDU PULA NAK MENULIS hehe  (~_~)...

Maghrib td 23 FEB 2013, pg surau peringkat 3 kat LBJ nilai…tajuk  AQIDAH ( qodhok dan qadar allah) rasa syukur sangat sbb tahun 2013 ni , banyak benda berlaku di alam sekitar hidup sy…so memang bagus la, memang nak paham pon tntang qodhak n qadar allah…bukan apa , bila kita faham ketentuan allah, kita akan berbaik sangka dgn allah diatas apa yg berlaku..
Banyak ustaz tu kongsikan  banyak pengajaran yg sy dapat, sy nak kongsikan pla pada kalian semua…

PARA NABI ZAMAN DAHULU ..ingin memahami takdir suratan yg allah tetapkan, NABI ALLAH ini pergi ke atas gunung untuk melihat gelagat manusia.Terdapat air disuatu kawasan,  datang seorang  Penunggang kuda  ini kehausan lalu  Mengisi air  tersebut dalam bekas botol  dan minum menggunakan bekas itu, setelah selesai minum, lelaki tersebut terlupa dan tertinggal botol air tersebut. Datang pula seorang anak kecil ketempat air tersebut dan minum, lantas anak kecil tersebut mengambil botol tersebut utk dibawa pulang. Datang pula lelaki tua untuk meminum air tersebut,tiba2 lelaki pertama td datang dan bertanya kpd lelaki tua td , Nampak tak botol air td ad di situ, pakcik tua tu pon kata xnmpak…lantas lelaki itu membunuh pakcik tua itu dengan kejamnya..

NABI ini, sangat terkejut dengan apa yg dilihatnya , serta musykil apa yg berlaku keatas perkara tersebut, merasakan ada perkara yang tidak adil berlaku, :


APA PENGAJARANNYA (pada akal n pengetahuan kita yg sempit)
1.        Budak kecil tu ,kecil2 dah mencuri, budak tak baik.
2.        Penunggang kuda tu sangat la kejam gila , xder hati perut ,pg bunuh pakcik tua yg lemah , kasihan pakci tu…

Tp HIKMAH & RAHSIA ALLAH  kita thu x????

ALLAH menjelas kan pada NABI tersebut:
1.       BUDAK YG MENCURI

-          Budak tersebut ambil botol tu, sebab itu botol kepunyaan dirinya yg hilang sebab dirompak oleh  PENUNGGANG kuda tersebut, lantas ALLAH maha kuasa , mengembalikan hak budak tersebut.

2.       ORANG TUA YG DIBUNUH

-          Pakcik tua ni dulu masa mudanya pernah merompak dan membunuh ayah kepada penunggang kuda tersebut, walaupon penunggang kuda tersebut xpernah thu yg ayah nya dibunuh oleh pakcik tu,,, TAPI

SEBENARNYA ALLAH MEMBALAS SEGALA KEZALIMAN YG KITA LAKUKAN , budak kecil, penunggang kuda, org tua tersebut mendapat hak n balasan yg allah berikan…

(Kisah ke 2)
Seorang isteri  di RABA tangannya dengan seorang lelaki gatal, lantas plang kerumah n bertanya pada suaminya .. ada x sentuh atau raba perempuan lain…suami dia xnak br thu,,isterinya mendesak,lantas suami nya beri tahu ada buat…isterinya beri tahu bahawa dia td bru lepas kna raba dgn lelaki gatal…cash terus allah balasss so nak buat ke???

REALITI KEHIDUPAN
Sy muhasabah kembali ap yg berlaku dlm hidup sy , apabila medengar tazkirah td sangat menyentuh hati n jiwa sy…( AZAM DLM DIRI UTK ANJURKAN KEBAIKKAN)
Sejenak sy mengimbas kembali , seandainya kita melakukan perkara yg tak baik pada org lain, allah akan balas pada org yg kita sayang, mgkin ibu,ayah, kakak adik, isteri dan anak2 kita malah zuriat keturunan kita…UNTUK APA PEMBALASAN TERSEBUT: sebagai peringatan pada kita ummat manusia bhawa setiap amalan baik n buruk akan dibalas..

Cth : IBU anda diraba…imbas kembali ,muhasabah balik, ada x dalam ahli keluarga kita msih x perbaiki diri atau akhlak,ada x kita nasihat ahli keluarga kita??? Rupanya anak ibu tersebut pernah meraba ank dara org so…Bala tu turun pada kita, walaopun kita BAIK..tp amar makruf itu bila x dilaksanakan itulah yg kita dapat…so BERTINDAK SEGERA…( kisah benar diceritakan kpd sy)

So penah x buat bnda ni:

1.       Main kan perasaan perempuan  atau lelaki , sebab saja jer nak test market so..xtakut ke diblas pada anak/ adik/kakak/cucu kamu nt…
2.       X ucap lansung terima kasih bila org bntu kita…so nt bila kita wt sesuatu org tak balas so jagan la terasa..
3.       Hehe CERITA DALAM TV SETIA HUJUNG NYAWA : sah2 lelaki tu pernah berzina, pastu marah gile bila isterinya pernah berzina sedgkan dia xsedar dia penah buat pada perempuan lain so nak lari mana???

TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT: menunggu setiap HIKMAH ALLAH…YG DATANG MELALUI UJIAN2 HIDUP,,IA PERLUKAN   SABAR & BERFIKIRAN MATANG …
   

Wednesday, October 6, 2010

Pesan ayah jadi azimat



Syarifah Hanafiah (duduk dua dari kanan) tabah meneruskan kehidupan bersama anak-anak.


Kemiskinan bukanlah batu penghalang. Pesan ayah masih terngiang-ngiang di gegendang…peluang yang bertandang hanya sekali; jika terlepas belum tentu ketemu lagi!"

Demikianlah luah bicara Maryam Muneerah Ahmad, 19. Anak sulung dan gadis pingitan yang bakal bergelar seorang pendidik.

"Ayah sudah meninggalkan kami, kira-kira tiga tahun lalu. Emaklah galang gantinya, membanting tulang empat kerat demi sesuap nasi. Emak tegar demi melihat kami berjaya.

"Ayah sangat menitik beratkan pendidikan agama di kalangan kami anak-anaknya. Masakan dapat saya luputkan dari ingatan ini, ketika di tingkatan satu dahulu, ayah sanggup bersusah-payah menemui ustazah di sekolah, apabila ayah dapat tahu saya hanya dapat 18 markah dalam pelajaran Bahasa Arab.

"Ayah tanya kepada ustazah, apakah kamus Bahasa Arab yang terbaik untuk saya. Sebabnya, ayah mahu saya mahir dalam bahasa syurga ini.

"Saya tahu, apa impian ayah. Emak selalu memberitahu kami semua adik-beradik, bahawa pendidikan adalah keutamaan ayah.

"Saya juga masih ingat, ayah kemalangan dan menderita kesakitan kerana kedua-dua buah pinggangnya rosak. Setiap minggu banyak kali ayah perlu ke hospital, mencuci buah pinggangnya. Jika emak dan ayah ke hospital, sayalah yang membantu melihat adik-adik.

"Emak menjadi pencuci di Hospital Sabak Bernam. Ayah pula sakit tidak mampu berkerja. Kami susah betul masa itu. Bayangkan, ada sembilan anak-anak yang perlu dibesarkan".

Demikianlah gambaran kehidupan penuh ranjau Maryam Muneerah dan adik-adiknya dibesarkan ibu tercinta, Syarifah Hanafiah, 42.

Di samping Maryam Muneerah, adik-adiknya yang lain ialah Muhamad Abdullah Fikri, 17; Muhamad Tohar, 15; Ahmad Ibrahim, 14; Zainab, 12, Ahmad Idris, 11; Ahmad Ayub, 9; Aminah, 7 dan Ruqaiyah, 5.

"Setelah kematian ayah pada tahun 2004, kami semua bagai anak-anak ayam kehilangan induknya. Benar, ibu masih ada. Tapi, saya pernah dengar ibu berkata, kehadiran ayah di sisi walau tidak mampu memberi; namun cukup bererti. Ayah hakikatnya adalah tonggak kekuatan dan sumber inspirasi buat ibu dan kami.

"Mujurlah, dalam kekalutan itu kami dipertemukan dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Alhamdulillah, ibu telah didaftarkan sebagai asnaf miskin dan mulai tahun 2005 juga kami telah menerima pelbagai bantuan daripada LZS (MAIS). JKM menyalurkan bantuan sejak 2003 lagi," jelas Maryam.

Alhamdulillah, kini segala harapan dan cita-cita Ahmad Mohd. Hassan yang telah kembali ke rahmatullah telah menjadi kenyataan. Anaknya Maryam Muneerah adalah seindah namanya, menjulang nama keluarga apabila diisytiharkan antara pelajar cemerlang di bawah tajaan LZS (MAIS).

"Kini, saya sudah mampu berinteraksi dengan baik di dalam Bahasa Arab. Malah saya mendapat pangkat Mumtaz (cemerlang) di dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). "Hasilnya, saya mendapat tawaran mendaftarkan diri ke Universiti Malaya bagi menyiapkan kursus Bahasa Arab dan Linguistik pada Julai 2007," katanya gembira.

Demikianlah bangga dan gembiranya Maryam Muneerah, yang juga merupakan bekas pelajar terbaik Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38, Sabak Bernam, Selangor.

"Saya bercita-cita dan berazam untuk terus mendalami Bahasa Arab. Saya mahu menjadi pensyarah Bahasa Arab. Nanti saya dapat Bantu adik-adik saya yang ramai ini. Saya nak ringankan beban emak".

Demikianlah sambung Maryam Muneerah bersungguh-sungguh sambil melirik mesra kepada ibunya.

Sementara itu, Syarifah berkata, beliau memang menegaskan kepada anak-anak bahawa untuk menjadi orang yang dihormati maka hendaklah mempunyai ilmu.

"Ingatlah kemiskinan yang dilalui oleh ibu mereka sekarang. Jika mereka malas belajar, maka inilah yang bakal mereka warisi…kemiskinan!

"Sebab itulah, makcik tidak pernah walau sekali menyerah diri kepada kemiskinan. Apa yang makcik tahu, ialah terus berusaha.

"Arwah suami makcik dahulu pernah berpesan, anak-anak ini jangan dititipkan kepada sesiapa pun. Jagalah semuanya sekali dan yakinlah bahawa mereka boleh berjaya," katanya.

Untuk itu, Syarifah sentiasa memantau kegiatan anak-anak. Dua daripada anaknya dihantar ke asrama.

"Makcik percaya, mereka boleh berjaya jika ada dorongan berterusan daripada ibu. Jadi, di samping makcik memberi dorongan, makcik tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah SWT," jelasnya.

Demikianlah sebuah catatan kisah benar yang kini terus berdenyut nadinya. Keluarga ini meneruskan langkah dengan gagah di Desa Kasih Merbau Berdarah, Sungai Besar, Selangor

Thursday, May 6, 2010

CINTAKU PADA KEMATIAN SEMAKIN HAMPIR 2



KEMATIAN

 
||           ||  o   ||
_o_,_\ ,;:   .'_o_\ ,;:  (_|_;:  _o_,_,_,_;
(  ..  /     (_)    /            (        .

In the Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielak kerana setiap manusia pasti menghadapi maut. Tentang kesakitan yang dirasai ketika sedang bertarung dengan maut, Rasulullah saw menjelaskan dalam hadis-hadisnya bahawa sakit ketika hampir mati itu laksana kesakitan ditetak seratus kali dengan pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup.


Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah.


Tentang tanda-tanda samada seseorang itu akan mendapat kebajikan atau tidak, terdapat hadis Rasulullah saw dari Salman Al Farisi yang bermaksud:

"Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu:

Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya

Kedua: berlenang air matanya dan Ketiga: lubang hidungnya kembang kempis


Itu adalah tanda bahawa rahmat Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu. Sebaliknya jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia."


(Hadis riwayat Abdullah, Al-Hakim dan At-Tarmizi)

Berdasarkan hadis ini, ada sebilangan mukmin yang ketika hampir mati, masih terdapat sisa-sisa dosa padanya. Namun Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menentukan orang itu mati dalam keadaan khusnul khatimah dan mengampuni segala dosa-dosanya itu.


Dipercayai bahawa kematian berlaku pada jasad manusia secara beransur, dari hujung kaki ke peha. Apabila rahmat diturunkan padanya kerana mati dalam khusnul khatimah ini, si mati akan merasa terlalu gembira dan kegembiraaan itu terlahir dengan keluarnya peluh pada pelipisnya.


Air mata yang keluar dan hidung yang kembang kempis pula adalah tanda bahawa si mati amat malu pada Allah SWT terhadap sisa-sisa dosanya yang belum sempat ditaubatinya. Orang-orang yang kuat imannya akan merasa malu untuk melakukan dosa semasa hidupnya kerana merasa bahawa Allah sentiasa memerhatikannya. Oleh itu, disaat kematiannya, Allah melimpahkan rahmatNya dengan mengampunkan dosa-dosanya.


Orang-orang yang kafir pula, dia tidak merasa malu pada Allah SWT. Oleh itu apabila nyawanya hendak dicabut oleh Izrail, wajahnya gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Ini juga merupakan penanda bagi azab yang diterimanya disebabkan oleh dosa-dosa dan kekufurannya.


Dari Alqamah bin Abdullah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."


Terdapat juga orang mukmin yang berdosa, dan Allah menimpakan kekasaran dan mala petaka sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah atas segala dosanya.


Oleh itu apabila rohnya keluar dari jasad, dosanya telahpun terhapus.


Kadang-kadang kita melihat seorang mukmin yang mati dalam kepayahan dan seorang kafir yang mati dalam ketenangan. Hendaklah kita berbaik sangka dengan orang mukmin tersebut kerana mungkin itu merupakan kaffrarah terhadap dosanya dan dia menemui Allah SWT dalam keampunan kerana sisa-sisa dosanya telah pun dikaffarah.


Orang kafir yang mati dalam ketenangan pula, mungkin semasa hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana janji Allah bahawa setiap kebajikan akan dibalas.


Tetapi kerana dia tidak beriman, kebajikan itu tidak menjadi pahala dan kekufurannya akan diazab di akhirat kelak.


Oleh itu, kita yang masih hidup harus sentiasa berbaik sangka dan mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Moga-moga kita akan menemui Allah dalam keadaan khusnul khatimah dan dalam limpahan rahmat dan keampunanNya.


TERASA DIRI INI SEPERTI TIDAK LAMA LAGI MNERIMA PANGGILAN ILLAHI...MAAFKAN AKU YAALLAH ...SAHABAT-SAHABAT MAAFKAN AKU ...UMMI DAN ADIK-ADIK MAAFKAN KAKAK MU......




CINTAKU PADA KEMATIAN SEMAKIN HAMPIR 1



Tanda-tanda kematianmu Muslim.....

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.


Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


Tanda 100 hari sebelum hari mati.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya €di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



Tanda 1 hari


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.


Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM




>> SEMOGA SENTIASA DIBAWAH NAUNGAN TUHAN YANG MAHA ESA <<>

Wednesday, April 28, 2010

ADAKAH ANDA PENCURI CINTA ??????




Jalan untuk dicintai orang yang dicintai


Dari Usman ra yang bermaksud: "Siapa yang meninggalkan dunia, dia akan

dicintai oleh Allah SWT. Siapa yang meninggalkan perbuatan dosa, dia akan

dicintai oleh para malaikat. Dan siapa yang membuang sifat tamaknya terhadap

kaum muslimin maka dia akan dicintai oleh mereka."




Daripada Abi Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):


“Setiap anak Adam ada habuannya daripada zina. Dia tidak dapat mengelak

daripadanya. Maka zina kedua-dua mata itu memandang. Zina lidah bercakap.

Zina kedua-dua telinga mendengar. Zina kedua-dua tangan memegang. Zina

kedua-dua kaki melangkah. Nafsu berangan dan rasa berahi, kemaluan yang

menjadikan angan-angan nafsu itu menjadi nyata atau sebaliknya.”


(Riwayat al-Bukhari)